REALITI KEHIDUPAN....

Sabtu, 27 Februari 2010
Setiap kehidupan mempunyai cita-cita,harapan dan impian.Namun tidak semua yang diingini dapat dikecapi.Ada insan yang memulakan perjalanan hidupnya dengan tangisan dan ada pula memulakannya dengan gelak tawa.Walaupun begitu,belum tentu kesudahannya seperti permulaan perjalanan hidup mereka.Cubaan dan dugaan sentiasa menjadi penghalang untuk mereka memulakan langkah pertama mereka.Bagaikan seorang bayi yang baru memulakan langkah pertamanya.Perit dan sakit dapat dirasai setiap kali langkah tersungkur.

Bagi insan yang tabah dan cekal,mereka tidak pernah sesekali akur dengan kegagalan pertama ini.Ini kerana mereka berpegang pada satu prinsip bahawa gagal sekali bukan gagal buat selama-lamanya,lalu mereka bangkit untuk meneruskan perjalanan mereka.Namun sebaliknya buat mereka yang lemah dan mudah mengalah,mereka akan terus hanyut ke muara yang tiada perhentian.Hanyutnya mereka bagai sampan yang tidak berpendayung.Di mana ada halangan,di situlah perhentiannya.Begitu jua dengan mereka yang mudah mengalah,mereka tidak dapat melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka

Dalam hidup ini,tiada yang mudah untuk dimiliki.Semuanya harus dimulakan dengan usaha yang gigih,walaupun halangan sentiasa mengejar mereka.Pahit dan manis perlu ditelan walaupun terlalu sukar.Mereka tiada pilihan kerana dunia ini bukan milik mereka.Setiap langkah,mereka yang menentukannya.Tersilap langkah,mereka perlu bijak memilih kerana tidak semua jalan menemui kebuntuan.Tetapi malangnya,ada insan yang takut untuk meneruskan perjalanan hidup mereka kerana bimbang dihujani kekecewaan.

Namun,sebagai seorang insan yang hidup di muka bumi ini,kita ditakdirkan hidup di muka bumi ini,kita perlu bersyukur kerana ada insan yang tidak sempat memulakan perjalanan hidup mereka di atas muka bumi ini.Mereka tidak merasai nikmat dan tidak sempat mengenal dunia.Oleh itu,jangan sesekali anda menoleh ke belakang apabila anda sudah berada di depan.Teruskanlah perjalanan anda sehingga anda menemui penghujung jalannya.Walaupun jalanya berliku dan beronak duri,siapa tahu di penghujung perjalanan itu,ada kebahagian menanti anda.Perkara yang paling penting ialah anda yakin bahawa setiap jalan yang anda pilih merupakan jalan yang terbaik dalam hidup anda dan anggaplah diri anda merupakan insan yang terbaik yang tercipta di muka bumi ini!!!!!

Jadi pada mereka yang pernah gagal seprti aku...berusahalah kerana kejayaan akn dapat digenggam kalau kite blajar dr kesilapan...

GURU OH GURU

Ahad, 21 Februari 2010
Umumnye bg mereka yg tw pekerjaanku adalah sbg seorang guru...Ya guru...Tapi hanya sbg guru ganti...Sebenarnya br lah aku tw bagaimana pekerjaan seorang guru ni...mmg susah dan bnyk btl dugaan yg harus ditempuh....sb ape aku tulis cm2???sb aku sndri dh merasai mcm mane tugas sbg seorang guru...bnyk sebenarnye tugas yg perlu digalas oleh seorang guru...bkn setakat untk mendidik anak bangsa tp perlu memastikan amanah yg diberi oleh ibu bapa dapat dicapai...spt guru2 lain aku juga tidak terlepas dpd melakukan tugas yg mulia ini...mendidik anak2 murid...mmg xkusangka bgini rasanye mjdi seorang seorang guru...btllah kate orang nk jd guru kene ada kesabaran yg tinggi untuk mdidik anak2 murid...terlalu bnyk ragam pelajar yg terpaksa aku tempuh..xbwk buku,xsiap keje...i2lah alasan yg diberikan oleh pelajar bile ditnye ttg kerja sekolah mrk...aku teringat kembali disaat aku mjdi seorang pelajar...aku pn pena jd seperti mreka..timbul perasaan malu aku ketika i2...sb ape yg ku alami tnyata pd hari ni ada lg pelajar masih bsikap begitu....dimana silapnye???...jd sbg guru aku cube mmberi nasihat kpd mrk supya mrk tidak mjdi pelajar yg leka dan lalai...aku tidak mahu mereka menjadi spt mane yg pena ku alami dulu...bukan mudah untuk menjadi pelajar yg terbaik jikalau tiada usaha...jadi sbg seorang guru dan juga bekas pelajar aku sebenarnye telah mempelajari sesuatu dlm pekerjaan ku ini...apa ye???hargailah jasa seorang guru...sebab aku melihat sndiri bgaimana guru di sekolahku cube memberi yg tbaik untuk anak didik mereka...biarpn kini bnyk komplen yg tidak sedap didengar mengenai sikap guru...bg mereka yg asyik menunding jari ke arah guru jika terjadi pd anak2 mereka bfikir dahulu peranan guru yg mendidik anak mereka...guru juga manusia yg punya hati dan perasaan...mereka sebenar tidak mahu melihat anak2 murid mereka mjdi manusia tidak berguna krn merekalh mendidik anak murid mereka krn di akhirat kelak mereka yg akan ditnye...oleh itu jgnla sesekali kite mnjdi pelajar yg ingin ikut kata hati tnpe mghiraukan nasihat guru...ingatlah kejayaan kite akn dpt dicapai apabila doa guru dimakbulkan oleh allah bkn sahaja doa ibu bapa...aku disini bkn utk membela guru tp aku sndiri telah melihat dan merasai sendiri bagaimana peritnye mjdi seorang guru dalam memastikan kejayaan dpt di gapai oleh pelajar...senyuman seorang guru bkn terletak pd hadiah yg diberi oleh ank muridnya tetapi kejayaan yg dihasilkan oleh pelajarnya dapat membrikan senyuman yg bermakna kerana itulah kepuasan,kegembiraan apabila bergelar seorang GURU! TERIMA KASIH CIKGU.....

coretan ptamaku diblog ini

salam..
inilah coretan ptameku di dlm blog ni...aku sebenanye xtw pe yg wt skarang ni...
aku mula tfikir untk mbuat blog ini krn aku rasa aku ingin meluahkan sesuatu yg terpendam dalam hati ini..orng kate jgn simpan perkara yg terpendam hati kite...takut makan diri balik
so aku pn create blog ni supaya aku dpt meluahkan pkara yg tbuku dlm hati ni..ia hanyalah sbg luahan hati dari seorang gadis yg tidak tahu untuk meluahkan isi hati nye pd sesiapa......so korang yg tbace blog aku ni arap menerima kehadiranku di dlm blog ini...jikalau slps ni ada diantara korang yg terasa dgn tulisan aku...aku mohon maaf krn ni hanya sekadar luahan utk tatapan anda.........k daaaaaaa


salam......

cantik ker????