REALITI KEHIDUPAN....

Sabtu, 27 Februari 2010
Setiap kehidupan mempunyai cita-cita,harapan dan impian.Namun tidak semua yang diingini dapat dikecapi.Ada insan yang memulakan perjalanan hidupnya dengan tangisan dan ada pula memulakannya dengan gelak tawa.Walaupun begitu,belum tentu kesudahannya seperti permulaan perjalanan hidup mereka.Cubaan dan dugaan sentiasa menjadi penghalang untuk mereka memulakan langkah pertama mereka.Bagaikan seorang bayi yang baru memulakan langkah pertamanya.Perit dan sakit dapat dirasai setiap kali langkah tersungkur.

Bagi insan yang tabah dan cekal,mereka tidak pernah sesekali akur dengan kegagalan pertama ini.Ini kerana mereka berpegang pada satu prinsip bahawa gagal sekali bukan gagal buat selama-lamanya,lalu mereka bangkit untuk meneruskan perjalanan mereka.Namun sebaliknya buat mereka yang lemah dan mudah mengalah,mereka akan terus hanyut ke muara yang tiada perhentian.Hanyutnya mereka bagai sampan yang tidak berpendayung.Di mana ada halangan,di situlah perhentiannya.Begitu jua dengan mereka yang mudah mengalah,mereka tidak dapat melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka

Dalam hidup ini,tiada yang mudah untuk dimiliki.Semuanya harus dimulakan dengan usaha yang gigih,walaupun halangan sentiasa mengejar mereka.Pahit dan manis perlu ditelan walaupun terlalu sukar.Mereka tiada pilihan kerana dunia ini bukan milik mereka.Setiap langkah,mereka yang menentukannya.Tersilap langkah,mereka perlu bijak memilih kerana tidak semua jalan menemui kebuntuan.Tetapi malangnya,ada insan yang takut untuk meneruskan perjalanan hidup mereka kerana bimbang dihujani kekecewaan.

Namun,sebagai seorang insan yang hidup di muka bumi ini,kita ditakdirkan hidup di muka bumi ini,kita perlu bersyukur kerana ada insan yang tidak sempat memulakan perjalanan hidup mereka di atas muka bumi ini.Mereka tidak merasai nikmat dan tidak sempat mengenal dunia.Oleh itu,jangan sesekali anda menoleh ke belakang apabila anda sudah berada di depan.Teruskanlah perjalanan anda sehingga anda menemui penghujung jalannya.Walaupun jalanya berliku dan beronak duri,siapa tahu di penghujung perjalanan itu,ada kebahagian menanti anda.Perkara yang paling penting ialah anda yakin bahawa setiap jalan yang anda pilih merupakan jalan yang terbaik dalam hidup anda dan anggaplah diri anda merupakan insan yang terbaik yang tercipta di muka bumi ini!!!!!

Jadi pada mereka yang pernah gagal seprti aku...berusahalah kerana kejayaan akn dapat digenggam kalau kite blajar dr kesilapan...

2 ulasan:

  1. Amirul_Asri berkata...:

    thnx ckg krn mengajar sy walaupun sementara je di kelas 2 r

  1. Amirul_Asri berkata...:

    ckg doakan la supaya sy berjaya..

Catat Ulasan

cantik ker????